seismik

"Siti Nurhaliza Tak Salah!" - TikTok TokTi Berterabur Tapi Netizen Salahkan Cermin

Ada yang memaafkan dan menerima cara editing Siti Nurhaliza, bahkan ada juga yang menyalahkan cermin serta aplikasi TikTok itu sendiri.

Cover image via Instagram @ctdk & Twitter @hanifjamals

Trend terbaru yang hangat dan menjadi ikutan ramai masa kini sudah semestinya TikTok

Tiktok merupakan aplikasi membuat video muzik dan kreatif berdurasi pendek yang sangat diminati ramai.

Image via The Atlantic

Ianya sangat menyeronokkan kerana pelbagai jenis video boleh dibuat lalu disertai dengan suara latar atau muzik yang sedap serta boleh disunting sekali dengan efek-efek yang lucu lagi unik.

Penggunaannya yang mudah juga membuatkan bukan setakat rakyat marhaen tapi selebriti dalam dan luar negara pun tidak terlepas daripada terjebak dengan fenomena TikTok.

Baru-baru ini, viral video TikTok cabaran 'Wipe It Down' yang dihasilkan penyanyi nombor 1 Malaysia iaitu Datuk Siti Nurhaliza

Mungkin ramai yang sudah tahu cabaran ini memerlukan seseorang untuk mengelap cermin dan individu tersebut akan menunjukkan penampilan berbeza ketika sedang mengelap cermin itu.

Datuk Siti Nurhaliza, atau nama mesranya, Tokti, telah melakukan cabaran tersebut bersama puteri sulungnya, Siti Aafiyah, lalu berkongsikan video itu laman Instagram miliknya.

Sudah kalau nama pun Siti Nurhaliza maka tidak hairanlah apabila video TikTok berkenaan dikongsikan semula di laman Twitter oleh salah seorang daripada peminatnya.

Walaupun tidak dinafikan editing Tokti kurang kemas dalam video itu, namun menariknya apabila rata-rata peminat yang back-up beliau

Ada yang memaafkan dan menerima cara editing beliau, bahkan ada juga yang menyalahkan cermin serta aplikasi TikTok itu sendiri.

Di bawah adalah antara komen kelakar daripada warganet:

Korang dah buat belum cabaran 'Wipe It Down' ini?

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: