[VIDEO] Lelaki Selamba Berak Di Tempat Wuduk Surau Bertindak Agresif Apabila Ditegur
Dah buat salah dia pula yang marah.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tidak salah untuk singgah di surau awam untuk menggunakan tandasnya
Apa yang menjadi kesalahan adalah tempat yang tidak sepatutnya menjadi tempat mengambil wuduk disalah guna.
Itu yang berlaku apabila tular seorang lelaki didapati melakukan perkara yang menjijikkan membuang air besar di tempat mengambil wuduk.
Kejadian itu dikatakan berlaku di sebuah surau awam Seksyen 17, Shah Alam pada Rabu lepas. Menurut kapsyen yang ditulis @m.norazlii pada video yang dikongsikannya itu, lelaki itu turut bertindak agresif cuba menyerang seorang penjawat awam yang menegurnya.
Image via @m.norazlii (TikTok)
Ramai menyalah anggap lelaki itu buang air di dalam tandas tetapi hakikatnya perkara yang jijik dilakukan
Dalam satu lagi hantaran video lelaki itu di TikTok menunjukkan bagaimana lelaki yang 'kantoi' buang air besar itu benar-benar melakukannya di tempat mengambil wuduk.
Dalam hantarannya itu, dia memberitahu dan menunjukkan bukti gambar perbuatan jijik itu menerusi video tersebut.
Perkara tersebut dilakukan apabila ramai tersalah anggap pesalah itu membuang air di dalam tandas kerana pada video pertama hantarannya itu tidak menunjukkan bukti tempat mengambil wuduk itu telah tercemar.
Image via @m.norazlii (TikTok)
"Tengah makan tiba-tiba keluar video ni, jem" - Netizen
Susulan tularnya video tersebut di TikTok, ia telah meraih sehingga 1.9M views, 59.4K likes dan 993 shares.
Menerusi tinjauan pada bahagian komen, pelbagai reaksi diberikan netizen di TikTok.
Berikut di bawah merupakan antara komen daripada netizen di TikTok:
Image via @m.norazlii (TikTok)
Image via @m.norazlii (TikTok)
Image via @m.norazlii (TikTok)
Lihat video-video itu di bawah:
Teruk betul perangai >:(
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment