[VIDEO] Lelaki Selamba Tukar QR Code Masjid Kepada Akaun Bank Sendiri Ini Dikecam Ramai
Jahatnya.
Zaman moden ini, teknologi semakin canggih termasuklah sistem perbankan
Kita boleh menggunakan kod QR untuk menjalankan transaksi hanya dengan menggunakan telefon. Sebab itu, banyak kita lihat gerai yang memaparkan kod QR masing-masing bagi memudahkan lagi transaksi semasa pembelian.
Namun, baru-baru ini tular sebuah video di Twitter yang memaparkan seorang lelaki menukar kod QR di masjid kepada kod akaunnya telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Koyakkan kod pada kotak sumbangan di masjid dan gantikan dengan kod sendiri
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang lelaki sedang berada di depan tabung sumbangan sebuah masjid yang tidak dikenal pasti lokasinya.
Apa yang lebih tidak disangkakan adalah apabila lelaki itu bertindak untuk menukarkan kod QR yang ditampal di tabung masjid itu. Dia mengoyakkan dan menggantikan kod QR yang baru.
Perkara itu mengejutkan ramai orang. Netizen juga menyarankan ramai supaya lebih berhati-hati dan semak nama penerima terdahulu.
Image via @IniAlalalannn (Twitter)
"Dah la miskin harta, miskin pula akal sampai tergamak nak mencuri dengan cara macam ni" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1.1M views, 7K retweets dan 8K likes di Twitter, rata-rata netizen turut berang dan memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:
Image via @IniAlalalannn (Twitter)
Image via @IniAlalalannn (Twitter)
Image via @IniAlalalannn (Twitter)
Image via @IniAlalalannn (Twitter)
Busuk hati betul, semoga mendapat balasan yang setimpal.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment