[VIDEO] Luka & Berdarah Lepas Fashion Show, Ramai Terasa Sakit Tengok Kaki Model Ini
Kesian tengok.
Seperti umum ketahui, Kuala Lumpur Fashion Week 2022 (KLFW22) telah pun berlangsung pada minggu lepas
Pelbagai busana kreatif oleh designer tempatan diperagakan oleh model-model di atas runway. Tidak mudah untuk menjadi seorang model untuk menggayakan baju sambil berjalan dengan penuh konfiden. Semua itu perlu latihan yang banyak.
Namun, baru-baru ini tular sebuah video yang memaparkan seorang model mengalami kaki luka dan berdarah selepas fashion show telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Kongsi keadaan kaki selepas fashion show
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang wanita yang merupakan model itu memuat naik videonya memperagakan busana cantik di atas runway.
Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila pada akhir video, dia menunjukkan keadaan kakinya yang penuh luka dan berdarah sebaik saja fashion show itu tamat.
Perkara itu sungguh mengejutkan ramai orang. Rupa-rupanya, pengorbanan model juga besar dalam menjayakan sesuatu acara.
Image via @jiayiii__ (TikTok)
"Ya rabbi, pedih tu seriau tengok. Get better soon! - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 400K tontonan, 48K tanda suka dan 375 komen di TikTok, rata-rata netizen turut bersimpati dengan keadaan kakinya.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @jiayiii__ (TikTok)
Image via @jiayiii__ (TikTok)
Image via @jiayiii__ (TikTok)
Kita yang tengok ni pun dah rasa pedih dan sakit, apatah lagi dia :(
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment