[VIDEO] Mak Cik Cleaner Ajar Pelancong Cakap Melayu Guna Bahasa Jepun Ini Buat Ramai Kagum
Luar biasa mak cik ni. Power!
Kemahiran bertutur bahasa asing selain bahasa Melayu dan Inggeris bukanlah mudah
Ia memerlukan jangka masa yang lama untuk kita mempelajarinya. Pelbagai kelas dan rujukan yang kita perlu tengok untuk memastikan kita mahir bertutur dalam bahasa tersebut.
Berbeza pula dengan sebuah video ini apabila gelagat seorang tukang cuci mengajar pelancong dari Jepun untuk berbahasa Melayu telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Ajar pelancong cakap Melayu dalam bahasa Jepun
Menerusi video yang dikongsi oleh @FaktaBukanAuta, kelihatan mak cik cleaner itu sedang berbual dengan tiga orang pelancong dari Jepun.
Apa yang lebih menarik perhatian ramai adalah apabila dia dilihat sedang mengajar pelancong Jepun itu cara bercakap Bahasa Melayu.
Lebih membuatkan ramai kagum, dia siap bertutur dalam bahasa Jepun dengan sangat lancar sekali. Perkara itu membuatkan ramai ingin tahu tentang latar belakangnya.
Ada yang mengatakan dia pernah menjadi profesor di sebuah universiti tetapi mengambil pekerjaan sebagai tukang cuci selepas dia bersara.
Image via @FaktaBukanAuta (Twitter)
"Dia punya Japanese mantap. English pun mantap. Salute!" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini sudah meraih 420.4K views, 14.3K retweets dan 26.5K likes di Twitter, rata-rata netizen turut kagum dengan kebolehan mak cik itu berbahasa Jepun.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @FaktaBukanAuta (Twitter)
Image via @FaktaBukanAuta (Twitter)
Image via @FaktaBukanAuta (Twitter)
Image via @FaktaBukanAuta (Twitter)
Image via @FaktaBukanAuta (Twitter)
Image via @FaktaBukanAuta (Twitter)
Image via @FaktaBukanAuta (Twitter)
Image via @FaktaBukanAuta (Twitter)
Tak kisahlah apa pun background dia, yang penting dia konfiden cakap bahasa Jepun. Bukan semua orang berani tau. Good job mak cik! :)
Image via giphy.com
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment