seismik

[VIDEO] Jadi Pemungut Sampai Di Singapura, Gaji Lelaki Malaysia Ini Cecah Hampir RM10K!

Masyuk lah bang!

Cover image via @ezzaiky7 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Siapa je dalam dunia ini yang tidak mahukan pekerjaan seronok dan gaji yang lumayan bukan?

Tambahan pula zaman sekarang, semua benda memerlukan wang ringgit. Kalau tak ada duit, susah kita nak buat apa-apa.

Bila sebut tentang jenis pekerjaan pula, bukan semua kerja yang kita idamkan itu akan tercapai. Kadangkala, rezeki datang dalam cara yang berbeza.

Seperti seorang lelaki Malaysia yang bekerja sebagai pemungut sampah di Singapura ini yang berkongsi gajinya meraih hampir RM10,000 telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@ezzaiky7 Dengar sahaja best try dulu #runsgdl original sound - Napi

Bersyukur walaupun tak ada pelajaran tapi dapat kerja yang bergaji tinggi dan rezeki lebih luas di negara orang

Menerusi video yang dimuat naik oleh @ezzaiky7, kelihatan dia menunjukkan rutin hariannya bekerja sebagai pemungut sampah di Singapura.

Apa yang dapat dilihat adalah dia sangat gembira melakukan kerjanya itu tanpa sebarang rungutan. Menurut video itu, purata gaji sebagai pemungut sampah di Singapura boleh mencecah antara RM6,000 hingga RM9,600.

Walau bagaimanapun, ada juga yang mempersoalkan tentang pekerjaan itu dan berpendapat gaji di Malaysia lebih mahal berbanding di Singapura.

Lihat video sambungan itu di bawah:

"Terima kasih adik kerana contribute walaupun kerja ni tak semua rakyat Singapura nak buat. Apa pun pekerjaannya, janji halal" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini sudah mendapat 492K views, 19.2K likes dan 1K shares di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pendapat masing-masing mengenainya.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Respect abang ni sebab dia tak kisah pun kongsi pasal kerja dia dekat public. Semoga terus dimurahkan rezeki ya! :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: