Gadis Ini Hadiahkan Kucing Rantai Jenama LV Sempena Hari Jadi, Reaksi Warganet Pula Win
High class meow!
Bagi pencinta kucing, mereka tidak kisah jika perlu berhabis beribu ringgit demi haiwan kesayangan itu
Tidak kiralah dari segi makanan, tempat tinggal, malah aksesori kucing juga mereka sanggup beli untuk memberi keselesaan kepada cik meow.
Seperti video ini yang tular apabila seorang gadis menghadiahkan kucingnya rantai jenama Louis Vuitton telah meraih perhatian di TikTok.
Lihat video penuh itu di bawah:
Beli rantai mahal untuk kucing, komen warganet pula menghiburkan
Menerusi video yang dimuat naik oleh @natasharashdan_, kelihatan gadis itu memasuki salah satu butik Louis Vuitton di sebuah shopping mall.
Apa yang menarik tumpuan ramai adalah apabila dia bukan membeli barang untuk dirinya sendiri, tetapi untuk kucing peliharaannya.
Menurutnya, dia menghadiahkan rantai berserta charm huruf L melambangkan nama Little itu sempena hari jadi kucingnya. Pada akhir video, dia dilihat sempat membuat kejutan buat si bulus itu dan memakaikan rantai itu pada lehernya.
"Jangan bagi kucing saya tengok ni, nanti dia tanya saya kenapa rantai dia jenama DIY je. Nasib kucing I jenis tak suka pakai accessories, takut je dia minta jam kaki Gucci" - Warganet
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sehingga 3.1M tontonan, 339.2K tanda suka serta 14K perkongsian di TikTok.
Rata-rata warganet turut memberikan reaksi masing-masing mengenainya dan ada yang berseloroh supaya kucing mereka tak nampak video tersebut.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!