seismik

Gigih Selamatkan Kucing Terlepas Dekat Tengah Jalan, Abang-Abang Rider Ini Terima Pujian

Huru-hara jadinya.

Cover image via @smolsosmoll (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebagai pengguna jalan raya, kita perlu bersifat prihatin jika ternampak apa-apa yang terjadi semasa dalam perjalanan

Kadangkala, mungkin pertolongan kita nampak remeh. Tetapi, siapa tahu mungkin ia boleh menyelamatkan nyawa seseorang betul tak?

Seperti sebuah video yang tular baru-baru ini apabila sekumpulan lelaki turun dari kenderaan semasa berhenti di traffic light untuk menyelamatkan seekor kucing telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Nampak kucing terlepas di jalan, masing-masing gigih turun nak selamatkan daripada dilanggar

Menerusi perkongsian video daripada @smolsosmoll, kelihatan beberapa orang lelaki turun dari kenderaan mereka untuk menangkap sesuatu di traffic light.

Apa yang menarik perhatian adalah apabila mereka dilihat seperti kelam kabut dan gigih berlari ke hulu ke hilir. Rupa-rupanya, mereka ingin menyelamatkan seekor kucing yang terlepas di jalan raya.

Pada akhir video, lelaki berbaju hitam itu berjaya menangkap kucing tersebut setelah beberapa orang cuba menyelamatkannya.

"Kalian semua hero kami. Respect abang Grab dan foodpanda, di mana-mana hal emergency mereka selalu ada" - Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 870.5K tontonan, 96.8K tanda suka serta 1.4K perkongsian di laman TikTok.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut memuji tindakan pantas mereka yang ingin menyelamatkan kucing itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Oyen ni kan, nasib baik ramai sayang awak tau. Dia boleh main kejar-kejar pula kat situ :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: