Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

[VIDEO] Malas Nak Dengar Bebelan, Suami Auto Guna Pengisar Setiap Kali Isteri Buka Mulut

Tak bagi chance langsung tu.

Cover image via @ferryforfun (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Dalam kehidupan berumah tangga, gurau senda itu perlu bagi mengeratkan lagi hubungan antara suami dan isteri

Tidaklah semestinya romantik saja sepanjang masa atau memberikan hadiah mewah, tetapi kadang kala gurau senda juga mampu membuatkan si dia merasa bahagia. Barulah rasa tidak bosan dalam hubungan anda.

Sama seperti video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang lelaki cuba mengelak daripada mendengar si isteri membebel dengan menggunakan mesin pengisar telah menghiburkan hati ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Terus on mesin pengisar setiap kali isteri membebel

Menerusi video tersebut, kelihatan si suami sedang menyiapkan bahan masakan di dapur dan kemudian muncul si isteri yang baru pulang ke rumah mereka.

Si isteri kelihatan seperti teruja mahu memberitahu cerita baru kepada suaminya tanpa henti. Namun, apa yang lebih menghiburkan adalah si suami cuba mengelak daripada mendengar bebelan isterinya itu dengan menggunakan pengisar setiap kali dia bersuara.

Malah, si isteri boleh pula sambung bercerita sebaik saja si suami mematikan pengisar tersebut dan tetap meneruskan bebelannya walaupun si suami sedang menggunakan pengisar itu.

Image via @ferryforfun (TikTok)

Image via @ferryforfun (TikTok)

"Harap-harap bini aku tak nampak video ni, risau takut hilang blender kat rumah" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat pasangan tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 838K views, 51.1K likes dan 4,040 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @ferryforfun (TikTok)

Image via @ferryforfun (TikTok)

Image via @ferryforfun (TikTok)

Image via @ferryforfun (TikTok)

Image via @ferryforfun (TikTok)

Semangat pulak tu isteri dia nak bercerita. Adoi lawaklah :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment