[VIDEO] Malu Nak Minta Straw, Pemuda Pelat 'S' Ini Buat Warganet Terhibur Dan Boleh Relate
"I feel the struggle" - Warganet.
Masalah pelat bukanlah satu perkara yang asing lagi dalam kalangan kita
Ramai yang pelat sejak kecil lagi dan berasa insecure untuk bercakap dengan orang sekeliling kerana takut diejek.
Seperti sebuah video yang tular baru-baru ini yang memaparkan seorang pemuda yang meluahkan rasa malu kerana tidak boleh menyebut 'S' ini menarik perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Tak boleh sebut straw, segan nak minta penyedut minuman
Menerusi video yang dimuat naik oleh @abekhaer, kelihatan dia menceritakan pengalamannya pergi ke sebuah restoran fast food.
Apa yang menarik perhatian adalah apabila dia yang mempunyai masalah pelat huruf S mengakui berasa segan untuk meminta straw daripada cashier kerana sukar menyebut perkataan itu.
"Aku tak pernah rasa semalu ni tahu tak. Takkanlah orang minta penyedut kan. Orang biasa guna straw. Masalahnya aku tak reti sebut dik," katanya.
Image via @abekhaer (TikTok)
"Betul, kalau orang tak faham kita cakap, kita rasa malu. Bang pindah ganu, sebut tero je" - Warganet
Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 705.2K tontonan, 74.4K tanda suka serta 722 perkongsian di laman TikTok, rata-rata warganet turut terhibur melihat gelagat pemuda itu.
Malah, ada yang boleh relate dengan video berkenaan kerana mempunyai masalah pelat sama sepertinya.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Image via @abekhaer (TikTok)
Image via @abekhaer (TikTok)
Image via @abekhaer (TikTok)
Image via @abekhaer (TikTok)
Image via @abekhaer (TikTok)
Image via @abekhaer (TikTok)
Image via @abekhaer (TikTok)
Image via @abekhaer (TikTok)
Image via @abekhaer (TikTok)
Image via @abekhaer (TikTok)
Tak apa bang, yang penting kena confident. Tolak tepi je rasa malu tu :)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment