seismik

Dimarahi Nurse Sebab 'Curi-Curi' Buat Susu Formula, Wanita Sedih Tak Dapat Breastfeed Anak

Bukan semua orang banyak susu badan.

Cover image via @raraaali (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Setiap wanita yang baru saja bersalin sudah pasti akan dilema dengan masalah menyusu badan

Bukan semua ibu mengandung mempunyai kuantiti susu badan yang banyak selepas bersalin. Terdapat beberapa faktor yang membuatkan susu badan tidak banyak, contohnya stress.

Lain pula dengan situasi yang dihadapi oleh seorang wanita ini apabila dia dimarahi oleh jururawat kerana 'curi-curi' bagi susu formula dekat anak telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@raraaali sorry mummy tak dapat jadi ibu yang terbaik #fyp #foryou Cool For The Summer - Tik Toker

Teringin nak bagi susu badan, tapi belum ada rezeki

Menerusi video yang dimuat naik oleh @raraaali, kelihatan dia sedang menyusukan anaknya dengan susu formula.

Dalam pada itu, dia sempat meluahkan rasa terkilan kerana pernah dimarahi oleh jururawat gara-gara memberikan susu formula kepada bayinya itu.

Jauh di sudut hati, dia teringin untuk memberikan susu badan buat anaknya. Namun, disebabkan susunya sikit, dia terpaksa mencari alternatif lain kerana tidak sanggup melihat si anak kelaparan.

"Buat semampu kita je sis. Jangan fikir apa orang cakap, jangan stress. Anak kita, cara kita. Yang penting anak sihat" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 204.8K views, 4.4K likes dan 44 shares di laman TikTok.

Manakala, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pendapat masing-masing mengenai video tersebut.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Sebenarnya tak ada istilah 'mak jahat' pun kalau tak bagi susu badan. Persepsi orang sekeliling yang kadangkala boleh membuatkan si ibu stress. Janji anak sihat itu dah memadai :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: