x

seismik

Anak Mengelat Cuba Ponteng Sekolah Agama Siap Seret Kaki, Tak Sangka Ending Ada Plot Twist

Alamak, kantoi pula!

Cover image via @syuhadazahri_911 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sejak dulu lagi, ramai di antara kita yang bersekolah dua sesi, iaitu sekolah rendah pada waktu pagi dan sekolah agama pada waktu petang

Namun, tidak dinafikan kadangkala kita akan memikirkan macam-macam cara untuk ponteng sekolah agama kerana sudah penat belajar di sesi pagi.

Sama juga seperti seorang budak lelaki ini apabila dia memberikan alasan tidak mahu ke sekolah agama kepada ibunya telah menarik perhatian ramai di TikTok.

Lihat video penuh itu di bawah:

@syuhadazahri_911 bila idea ponteng sekolah agama tercetus #syuhadazahri911 bunyi asal - _911 - _911

Bagi alasan cikgu denda sampai tak boleh jalan, sekali bila kena gertak dengan ibu lain pula yang jadi

Menerusi video yang dimuat naik oleh @syuhadazahri_911, kelihatan budak lelaki itu sedang cuba mengelat untuk tidak ke sekolah agama.

Dia dilihat berjalan sambil menyeretkan kakinya dan memberitahu kepada ibunya bahawa dia didenda di sekolah. Jadi, kakinya lenguh dan tidak larat untuk ke sekolah agama.

Namun, apa yang menghiburkan adalah apabila si ibu yang juga merupakan seorang guru tidak termakan dengan alasan yang diberikan oleh anaknya.

Malah, dia yang memegang rotan bulu ayam bertanya berulang kali kepada anaknya sama ada betul atau tidak kakinya tak boleh berjalan. Jika betul, dia mahu hantar anaknya itu ke hospital. Akhirnya, budak lelaki itu kantoi dia sebenarnya boleh berjalan seperti biasa selepas digertak oleh si ibu. 

"Patutlah kantoi dik. Awak lupa ni, mak awak cikgu hahaha" - Warganet

Susulan tularnya video berkenaan yang kini sudah mendapat 967.4K tontonan, 80.9K tanda suka serta 2.4K perkongsian di laman TikTok, rata-rata warganet turut terhibur melihat gelagat budak lelaki itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Tak apa dik, ini semua kenangan lucu yang awak akan ingat sampai tua nanti :')

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: