Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

[VIDEO] MUA Kongsi Rasa Cuak, Ambil Gambar Pengantin Sekali Di Galeri Jadi Lain. Seram!

Lain betul muka pengantin tu.

Cover image via @nachikcikna (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kerja sebagai seorang make up artist (MUA) mungkin nampak mudah, tapi hakikatnya mereka juga perlu menghadapi pelbagai dugaan

Bukan saja perlu mengawal emosi jika terjumpa dengan pelanggan yang bermasalah, tetapi ada yang terpaksa berhadapan dengan kejadian mistik.

Seperti sebuah kisah yang dikongsikan oleh seorang MUA ini apabila gambar seorang pengantin perempuan di galeri telefonnya tiba-tiba terselit sekeping muka lain menjadi tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Terkejut tiba-tiba ada gambar 'lain' dalam galeri telefon

Menerusi video yang dimuat naik oleh @nachikcikna, kelihatan dia menceritakan pengalamannya selepas menyolek seorang pengantin perempuan.

Seperti biasa, setiap MUA akan mengambil beberapa keping gambar hasil solekannya sebagai koleksi dan untuk dikongsi bersama pelanggan.

Namun, apa yang membuatkan ramai meremang bulu roma adalah apabila antara kesemua gambar tersebut yang memaparkan pengantin menggayakan selendang dengan pelbagai gaya tiba-tiba terselit sekeping gambar lain daripada yang lain.

Image via @nachikcikna (TikTok)

"Terganggu tengok video ni, macam ada benda kat belakang tu" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut yang kini telah mencecah 2.2M views, 175.6K likes dan 5.2K shares di TikTok, rata-rata netizen turut merasa seram selepas melihat gambar berkenaan.

Malah, ramai pula yang perasan akan kelibat makhluk lain di dalam video MUA itu semasa dia sedang sakan bercerita.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @nachikcikna (TikTok)

Image via @nachikcikna (TikTok)

Image via @nachikcikna (TikTok)

Image via @nachikcikna (TikTok)

Image via @nachikcikna (TikTok)

Image via @nachikcikna (TikTok)

Image via @nachikcikna (TikTok)

Image via @nachikcikna (TikTok)

Pelik juga kenapa dalam banyak-banyak gambar tu ada satu yang posing dia pelik kan. Seramlah! :/

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment