[VIDEO] "Nak Pergi KLCC?" - Viral Gelagat Oyen Minta Tolong Pemandu Bas Bawa Berjalan
Pemandu berusaha sedaya upaya untuk menjelaskan bahawa KLCC ditutup.
Gelagat dan telatah kucing pasti akan membuatkan kita terhibur melihat mereka, lebih-lebih lagi kucing Oyen yang banyak ragamnya
Mana tidaknya, telatah mereka ini sedikit sebanyak dapat hilangkan rasa kebosanan dan stres pada diri kita.
Namun, lain pula dengan video yang tular baru-baru ini di Facebook memaparkan seekor kucing Oyen menaiki bas dan mahu menuju ke KLCC menarik perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Oyen selamba menaiki bas Rapid KL dan berbual dengan pemandu bas
Menerusi video tersebut, kelihatan seekor kucing Oyen semasa itu berada di luar sebelum dia tiba-tiba masuk ke dalam bas dan berbual dengan pemandu bas tersebut seolah-olah mahu ke sesuatu tempat.
Pemandu: Encik Oyen, nak pergi mana?
Oyen: * meow *
Pemandu: KLCC?
Kucing: * meow *
Pemandu: KLCC dah tutup lah.
Tetapi, apa yang lebih melucukan adalah selepas berbual bersama pemandu bas tersebut, dia terus menuju ke bahagian belakang dalam bas dan mengambil tempat untuk duduk.
Pemandu bas itu kemudian memujuk Oyen untuk keluar dan memberikan makanan kepadanya.
Image via Rapid KL (Facebook)
"Oyen ni pun kapten bas juga, baju dah sama dengan abang driver" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut berasa terhibur melihat gelagat si Oyen yang mahu berjalan menaiki bas itu.
Malah, ada yang bergurau dengan mencadangkan agar Oyen mengambil grab pada waktu sebegini untuk menuju ke tempat tersebut.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 8K likes, 645 comments dan 1.5K shares di Facebook.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Facebook:
Image via Rapid KL (Facebook)
Image via Rapid KL (Facebook)
Image via Rapid KL (Facebook)
Image via Rapid KL (Facebook)
Comel je ya Oyen kalau minta nak pergi berjalan :P
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel mengenai kucing menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment