[VIDEO] Kucing Ini Termakan Daun Ganja, Kesannya Pula Bakal Buat Anda Tak Percaya!
Aksi kucing ini lepas makan daun tersebut memang tidak dijangka.
Sesetengah orang menganggap kucing yang suka memakan rumput kerana dipercayai haiwan ini sedang sakit
Namun, teori tersebut tidak tepat sama sekali kerana kebanyakan kucing suka memakan rumput disebabkan itu adalah naluri mereka yang sukakan pada tumbuh-tumbuhan.
Pencinta kucing tidak perlu risau sekiranya haiwan kesayang anda ada memakan rumput tetapi perlu dipastikan bahawa rumput yang dimakan itu tidak mempunyai sebarang racun.
Seperti yang berlaku kepada seekor kucing ini apabila tular video menunjukkan sedang memakan sehelai daun. Akan tetapi lain pula jadinya bila daun yang dimakan itu adalah daun ganja.
Kucing makan daun ganja beri kesan luar jangkaan
Oleh kerana kucing tersebut memakan daun ganja. Kesan yang diberikan menyebabkan halusinasi dan high.
Reaksi kucing itu juga kelihatan seperti mabuk dan tidak tentu arah selepas beberapa minit memakannya.
Berjalan hanya menggunakan dua kaki saja lepas makan
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila si kucing berjalan sambil mengangkat kedua belah kaki belakangnya dan kejadian itu sempat dirakam.
Haiwan itu juga dilihat terhuyung-hayang kerana tersalah makan jenis daun. Gelagatnya itu membuatkan kita sendiri tidak akan menyangka ia akan berlaku sebegini rupa.