[VIDEO] Nyanyi Lagu Hindustan Di Kenduri Kahwin, Gelagat Wanita Joget Ini Tarik Perhatian
Sakan dia goyang!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Setiap kenduri kahwin kebiasaannya memang akan ada station untuk request lagu ataupun menyanyi
Ada yang menyanyi lagu jiwang, lagu rock dan macam-macam lagi. Paling digemari ramai ialah lagu Bollywood. Kalau dah pasang lagu Hindustan tu, memang semua ‘naik sheikh’.
Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang wanita menyanyi lagu Hindustan dan seorang lagi dilihat menari sakan telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Sakan berjoget dan bergoyang diiringi lagu Hindustan
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang wanita sedang menyanyi sebuah lagu Hindustan di sebuah majlis kenduri kahwin.
Apa yang lebih melucukan adalah apabila tiba-tiba ada seorang mak cik muncul di depannya lalu mengajaknya berjoget dan bergoyang. Kedua-dua wanita itu dilihat sakan bergoyang sambil aksi mereka diperhatikan ramai.
Image via @nadiafharshah (TikTok)
"Balik nanti mesti mak cik tu cakap adui sakit lutut gayah hari ini bang menari tadi" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 430K tontonan, 268K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat dua wanita itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @nadiafharshah (TikTok)
Image via @nadiafharshah (TikTok)
Image via @nadiafharshah (TikTok)
Image via @nadiafharshah (TikTok)
Ewah ewah, sakan gelek ya mak cik! :P
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment