[VIDEO] Offer Nak Urut Nenek Masa Ziarah Kubur, Budak Kecil Ini Buat Ramai Sebak
Hmm, sedihnya.
Kehilangan seseorang yang disayangi sudah tentu merupakan satu perkara yang sedih dan menyakitkan
Apatah lagi, orang yang tersayang itu memang rapat dengan kita. Tidak dinafikan, kita memang perlukan waktu untuk move on dan teruskan hidup seperti biasa.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang budak kecil menziarahi kubur neneknya telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Selamba offer nenek urut lalu memicit tanah perkuburan
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang budak kecil sedang menziarahi kubur nenek bersama keluarga.
Apa yang menarik perhatian adalah apabila dia menanya neneknya ingin urut atau tidak. Dia yang dilihat terus meletakkan tangannya di tanah seolah-olah sedang mengurut neneknya itu bikin semua sebak.
"Pijit ya nek, nenek mau pijit kan? Adik pijit ya," katanya.
Image via @mutiwithouta (TikTok)
"Maybe sebab masa kecik-kecik dia selalu urut nenek dia. Sedih pulak rasa" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 500K tontonan, 44K tanda suka dan 700 komen di TikTok, rata-rata netizen turut sebak melihat reaksi budak itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @mutiwithouta (TikTok)
Image via @mutiwithouta (TikTok)
Image via @mutiwithouta (TikTok)
Hm, kesian pula tengok adik tu! :'(
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment