[VIDEO] Pak Cik Baru Nak Tunjuk Skill Menyanyi, Sekali Reaksi Anak Buah Pula Curi Tumpuan
Mungkin dia keliru pak cik dia tengah nyanyi ke marah.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Sesiapa saja yang mempunyai pengalaman menjaga anak buah, pastinya pernah melihat bermacam ragam mereka yang menghiburkan
Tambahan pula yang sudah menjaga mereka sejak kecil, telatah mereka dari sehari ke sehari sudah tentu membuatkan kita rindu momen semasa mereka masih bayi.
Namun, lain pula yang terjadi dalam sebuah video ini apabila seorang lelaki cuba untuk menyanyikan lagu untuk anak buahnya tetapi mendapat reaksi tidak terjangka telah meraih perhatian.
Lihat video penuh itu di bawah:
Baru nak show off skill menyanyi, sekali tak sangka anak buah melalak sebab ingat kena marah
Menerusi perkongsian video daripada @kie.official, kelihatan dia sedang menjaga anak buahnya di dalam baby cot si kecil itu.
Apa yang menghiburkan adalah apabila lelaki itu mula menyanyi sebuah lagu rock kononnya ingin menghiburkan anak buahnya bertukar menjadi tragedi lain.
Si kecil itu dilihat terkejut dan membeliakkan matanya selepas mendengar pak ciknya menyanyi sebelum berubah riak wajah dan akhirnya menangis dengan kuat.
"Aku baru nak asah bakat sekali dapat feedback tak cantik, bagilah sokongan sikit wahai anak sedara oi," katanya.
Image via @kie.official (TikTok)
Image via @kie.official (TikTok)
Image via @kie.official (TikTok)
"Takut member pak cik tiba-tiba nyanyi lagu rock, dia ingat kena marah la tu hahaha" - Warganet
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 431.8K tontonan, 50.6K tanda suka serta 615 perkongsian di laman TikTok.
Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata warganet turut terhibur melihat reaksi lucu anak saudara lelaki itu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Image via @kie.official (TikTok)
Image via @kie.official (TikTok)
Image via @kie.official (TikTok)
Image via @kie.official (TikTok)
Image via @kie.official (TikTok)
Image via @kie.official (TikTok)
Image via @kie.official (TikTok)
Image via @kie.official (TikTok)
Image via @kie.official (TikTok)
Image via @kie.official (TikTok)
Kesian budak tu tau, tak pasal-pasal dia ingat pak cik dia marah. Manalah dia tahu apa itu lagu rock :D
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment