[VIDEO] Pak Cik Kongsi Tips Cara Hadapi Masalah Tayar Pancit Buat Ramai Terhibur
Gigih tau saya tengok sampai habis!
Tidak dinafikan, kereta memerlukan maintenance yang kerap dalam beberapa bulan sekali
Hal tersebut adalah untuk menjamin keselamatan anda semasa memandu. Perkara sebegini dapat mengelakkan daripada berlakunya sebarang kemalangan.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang pak cik kongsi cara selesaikan masalah tayar pancit telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Guna 5 jari untuk selesaikan masalah tayar pancit
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang pak cik sedang menunjukkan cara hadapi masalah tayar pancit di stesen minyak.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila pak cik itu mengajar orang ramai bagaimana cara untuk selesaikan masalah tayar pancit menggunakan 5 jari.
Rupa-rupanya, pada akhir video pak cik itu menyuruh orang ramai mengangkat tangan sebanyak 5 jari, pusingkan badan dan memanggil orang untuk menolong anda selesaikan masalah tayar pancit.
Image via googleapis.com
"Saya punya teruja dengar tips pak cik, rupa-rupanya pak cik panggil orang lain" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1M tontonan, 111K tanda suka dan 6K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat pak cik itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @petronaspulaiperdana07 (TikTok)
Image via @petronaspulaiperdana07 (TikTok)
Image via @petronaspulaiperdana07 (TikTok)
Comellah pak cik ni, semua kena gula-gula! :P
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment