[VIDEO] Sampai Block Laluan Orang Lain, Pemilik Kereta Ini Undang Kecaman Netizen
Tak ada parking lain ke sampai nak ganggu orang lain?
Sebagai pengguna jalan raya, peraturan lalu lintas adalah amat penting untuk dipatuhi
Hal ini kerana, jika kita tidak mematuhi ia akan memberi kesan dan kesusahan kepada orang lain.
Terbaru, tular dalam sebuah video di Twitter yang memaparkan seorang individu bengang kerana pemandu yang memarkir sesuka hati telah mencuri tumpuan.
Lihat ciapan itu di bawah:
Berhenti mengejut sebab nak pergi beli makanan
Menerusi ciapan berkenaan, kelihatan individu itu amat geram dengan sebuah kereta yang berhenti di selekoh jalan hanya untuk membeli McDonald's.
Dalam video tersebut, individu itu rasa marah apabila melihat isteri pemandu berkenaan yang keluar dari kereta tanpa rasa bersalah.
Kereta itu dilihat berhenti dan memarkir untuk membeli makanan di seberang jalan sehingga menyebabkan kereta lain terpaksa mengundur dan membelok ke arah lain.
Difahamkan, kejadian itu berlaku di kawasan berdekatan Desa Pandan, Kuala Lumpur.
Image via @isusemasaviral (Twitter)
Image via @isusemasaviral (Twitter)
"Standard la kawasan Desa Pandan terkenal dengan double park atau parking sesuka hati" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberi pelbagai reaksi yang rasa berang mengenai tindakan pemandu tersebut. Malah ada juga yang boleh relate dan memberi pengalaman yang sama.
Susulan tularnya ciapan itu, kini ia meraih sehingga 993 retweets, 1,283 likes dan 27 comments di Twitter.
Berikut di bawah merupakan antara komen netizen di Twitter:
Image via @isusemasaviral (Twitter)
Image via @isusemasaviral (Twitter)
Image via @isusemasaviral (Twitter)
Image via @isusemasaviral (Twitter)
Image via @isusemasaviral (Twitter)
Image via @isusemasaviral (Twitter)
Image via @isusemasaviral (Twitter)
Bahaya betul tiba-tiba berhenti dekat selekoh, tak fikir orang lain ke?
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment