"Tak Kelakar" - Video Parodi Fikry Ibrahim Dijemput Solat Di Korea Undang Kecaman Warganet
Gelagatnya itu dikatakan mempersenda agama dan budaya negara berkenaan.
Tular sebuah video parodi di Twitter milik Fikry Ibrahim yang menunjukkan suasana dirinya 'dijemput' untuk menunaikan solat Jumaat di Korea Selatan sehingga dikatakan mempersenda agama dan budaya negara tersebut
Menerusi video yang dimuat naik pada 24 Februari lalu itu, video berkenaan juga memaparkan figura imam yang disegani di Korea Selatan iaitu Imam Abdullah Al-Kory memberikan khutbah Jumaat.
Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata warganet mengecam tindakan Fikry yang memuat naik konten seperti itu.
Malah, ada juga warganet mengatakan tindakannya itu adalah tidak wajar dan tidak kelakar.
Apa yang membuatkan orang ramai marah kerana memaparkan figura Imam Abdullah Al-Kory dan tindakannya dalam video berkenaan turut dianggap tidak sopan.
Tonton video penuh itu di bawah:
"Maaf bang saya bukan orang baik. Tapi saya rasa tak berapa okey content khutbah macam ni" - Warganet
Hasil tinjauan di ruangan komen di Twitter, segelintir warganet turut berasa marah kerana video tersebut dilihat seolah-olah mempermainkan agama dan juga ‘menyindir’ budaya di sana.
Malah, ada juga warganet mengatakan ini bukan pertama kali Fikry memuat naik video seperti ini.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah pun meraih lebih 947.7K views, 3,212 retweets dan 8,161 likes di Twitter.
Berikut di bawah antara komen menarik warganet di Twitter:
Image via @AfikryAibrahim (Twitter)
Image via @AfikryAibrahim (Twitter)
Image via @AfikryAibrahim (Twitter)
Image via @AfikryAibrahim (Twitter)
Apa pendapat korang pula mengenai video parodi ini?
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment