[VIDEO] Pelanggan Gaduh Siap Acu Pisau, Aksi Lelaki India Leraikan Ini Raih Pujian Ramai
Hero!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Kesabaran dan keberanian setiap orang berbeza-beza dan bukan semuanya sama
Ada yang boleh mengawal emosi masing-masing. Ada sesetengah orang pula tidak dapat mengawal kemarahannya.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan insiden pergaduhan yang berlaku di restoran telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Siap acu pisau gara-gara lambat menunggu pesanan diambil
Menerusi video berkenaan, kelihatan situasi pergaduhan sedang berlaku di sebuah restoran yang tidak dikenal pasti.
Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila seorang lelaki Cina marah dan naik angin apabila pesanannya lambat diambil. Dia siap mengacukan pisau kepada pemilik kedai itu.
Mujur, pergaduhan itu dapat dileraikan oleh seorang lelaki berbangsa India yang juga merupakan pelanggan kedai di situ.
Image via @chinapress_northern (TikTok)
"Terbaiklah aney tu, berani dan tenang dia kawal keadaan" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 202K tontonan, 4K tanda suka dan 100 komen di TikTok, rata-rata netizen turut memuji keberanian lelaki India itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @chinapress_northern (TikTok)
Image via @chinapress_northern (TikTok)
Image via @chinapress_northern (TikTok)
Beraninya dia, terima kasih abang sebab tolong! :D
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment