[VIDEO] Lelaki Lumpuh Separuh Wajah Gara-Gara Hadap Air Cond Lama Sangat Ini Raih Tumpuan
Lelaki ini menghidap penyakit Bell Palsy.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Dengan cuaca Malaysia yang sangat panas ini, kita sudah terbiasa untuk menghidupkan penghawa dingin bukan?
Penghawa dingin boleh menyejukkan udara di dalam sebuah bilik dan mengeluarkan haba atau udara panas. Namun, tahukah anda sebenarnya ada juga kesan buruk apabila lama sangat duduk dalam bilik air cond.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang lelaki lumpuh separuh wajah gara-gara hadap air cond telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Lumpuh separuh wajah dan kaku sebab hadap air cond lama sangat
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang lelaki sedang merakam dirinya yang mengalami lumpuh pada bahagian wajah.
Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila sebelah wajahnya saja yang kaku dan lumpuh. Perkara itu disebabkan dia menghadapkan wajahnya ke arah penghawa dingin terlalu lama.
Dia kini sedang dirawat untuk wajahnya kembali pulih seperti dulu. Dia juga menasihati orang ramai supaya jaga kesihatan.
Lihat video sambungan itu di bawah:
"Aku pernah kena, lepas itu aku buat rawatan acupuncture. Alhamdulillah menjadi" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1.7M tontonan, 82K tanda suka, 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut bersimpati dengan lelaki itu. Malah, ramai yang mendoakan supaya dia cepat sembuh.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!