[VIDEO] Pelik Lihat Waiter Ambil Order Dengan Melukis, Rupa-Rupanya Anak Nak Buat Surprise
Sebak pula tengok reaction mak dia.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Pasti ramai di sini yang suka membuat kejutan betul tak? Tidak kiralah kejutan hari jadi ataupun sebagainya
Kebiasaannya ia selalu menjadi dengan bantuan beberapa orang lagi bagi memeriahkannya. Seronok betul bila tengok reaksi mereka.
Baru-baru, ini tular video di TikTok memaparkan seorang lelaki membuat kejutan buat ibu dan ayahnya semasa di kedai makan telah menarik perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menyamar jadi waiter sebab nak surprise ibu dan ayah
Menerusi video tersebut, kelihatan sebuah keluarga sedang berada di kedai makan yang tidak dikenal pasti. Tidak lama kemudian, datang seorang waiter lelaki mengambil order mereka.
Tetapi, apa yang lebih menarik perhatian adalah waiter tersebut mengambil order dengan melukis membuatkan si ibu dan ayah pelik melihatnya.
Namun, apabila waiter itu membuka face masknya, si ibu terkejut melihatnya dan terus memeluknya. Rupa-rupanya lelaki itu sudah berpakat dengan adik-beradiknya mahu memberi kejutan kepada ibu dan ayahnya.
Image via @axlong (TikTok)
Image via @axlong (TikTok)
"Seronok dengar mak dia menjerit gembira" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terharu melihat reaksi ibu dan ayahnya itu. Ada juga yang meluahkan rasa sebak mereka.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 330K views, 37.8K likes dan 603 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @axlong (TikTok)
Image via @axlong (TikTok)
Image via @axlong (TikTok)
Image via @axlong (TikTok)
Image via @axlong (TikTok)
Image via @axlong (TikTok)
Image via @axlong (TikTok)
Image via @axlong (TikTok)
Image via @axlong (TikTok)
Sedih pula tengok, happy betul mak dia dapat jumpa si anak :')
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment