seismik

[VIDEO] Panik Biawak Masuk Kawasan Kedai Makan, Aksi Lelaki Campaknya Pula Jadi Perhatian

Macam tu je dia tarik.

Cover image via @hakimalias_ (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kita semua pasti takut akan seekor haiwan yang membuat kita rasa geli dan tidak boleh melihatnya bukan?

Contohnya seperti ular, lipas, tikus dan sebagainya. Haiwan-haiwan ini kadangkala akan membuatkan kita automatik menjerit bila melihatnya. Jadi, kita terpaksa memanggil seseorang yang lebih berani untuk membuangnya.

Situasi itu tidak kurang seperti video yang tular di TikTok ini apabila aksi seorang pak cik membuang biawak telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Selamba pegang ekor dan buang ke dalam laut

Menerusi video tersebut, kelihatan suasana di sebuah kedai makan yang tidak diketahui lokasinya.

Namun, tidak lama selepas itu semua orang kelihatan panik kerana terlihat seekor biawak yang masuk ke kawasan kedai makan itu.

Apa yang lebih mencuri tumpuan adalah apabila seorang pak cik dengan berani datang dan menghampiri biawak itu lalu menarik ekornya dan mencampakkannya ke laut.

"Steady je hero pegang ekor" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka selepas melihat video itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1M views, 55K likes dan 1,851 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Hebatlah abang ni, macam tu je dia campak biawak :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: