seismik

"Sebab Dialah Tasik Cermin Tutup" - Aksi Lelaki Terjun Dalam Tasik Ini Dapat Kecaman Ramai

Tak beretika betul di tempat orang.

Cover image via @iamsyafiruz (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Bagi warga Perak, anda pasti mengenali dan pernah datang ke tasik popular iaitu tasik cermin kan?

Ia bukan saja tarikan bagi orang Perak, malah tarikan buat pelancong juga yang datang ke negeri itu. Jika anda masuk saja ke sana, anda akan dapat lihat keindahan tasik dan pemandangan hijaunya.

Namun, baru-baru ini tular di TikTok memaparkan video seorang lelaki melakukan aksi terjun ke dalam tasik itu telah mendapat kecaman ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Selamba terjun dan bermandi-manda di dalam tasik

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki berpakaian serba hitam sedang bersedia untuk melakukan aksi terjunnya ke dalam tasik itu.

Malah, dia melakukan aksi terjunan itu beberapa kali sambil dilihat beberapa orang pengunjung yang berada di situ. Situasi itu membuatkan ramai terkejut melihat aksinya itu. Difahamkan, lelaki itu adalah warga Arab dan bukan warganegara Malaysia.

Menurut sumber, kejadian itu ternyata mendapat perhatian Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Pihak mereka juga sedang menyiasat individu di dalam video tersebut.

Lihat video sambungan itu di bawah:

"Usaha menyelamatkan ikan yang lemas" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut meluahkan rasa marah mereka terhadapt individu tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan mendapat 3M views, 248.7K likes dan 2,308 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Haih, dekat tempat pelanconganlah dia buat hal. Mengganggu pengunjung betul!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: