[VIDEO] Rakaman Nelayan Solat Atas Bumbung Bot Ini Tarik Perhatian & Buat Ramai Insaf
"Jahat mana pun kita, jangan tinggal solat" - Warganet.
Pekerjaan sebagai seorang nelayan adalah sangat mencabar sebenarnya
Bukan saja perlu menghadapi cuaca yang tidak menentu, malah ombak yang adakalanya sangat kuat juga mendatangkan risiko nyawa yang sangat tinggi. Silap hari bulan, bot pun boleh tenggelam.
Namun, lain pula yang terjadi dalam satu video ini apabila rakaman seorang nelayan sedang menunaikan solat di atas bumbung botnya telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Tersentap tengok nelayan tetap menunaikan kewajipan sebagai umat Islam walaupun dalam keadaan bahaya
Menerusi video yang dimuat naik oleh @_udeen, kelihatan si perakam sedang menaiki sebuah bot di pulau yang tidak dikenalpasti lokasinya.
Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila seorang nelayan dilihat sedang menunaikan solat di atas bumbung botnya ketika angin sedang kuat.
Rakaman berdurasi 14 saat itu ternyata telah menyentuh hati ramai dan membuat warganet insaf melihat betapa taatnya nelayan tersebut kepada Maha Pencipta.
Image via @_udeen (TikTok)
Image via @_udeen (TikTok)
"Kadang fikir solat ni beban, tapi lepas tengok video ni tak nak anggap solat tu beban dah. Semoga Allah lindungi pak cik-pak cik nelayan" - Warganet
Susulan tularnya video tersebut yang kini telah mendapat 44.8K views, 8K likes dan 52 comments di TikTok, rata-rata warganet turut meluahkan rasa insaf masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Image via @_udeen (TikTok)
Image via @_udeen (TikTok)
Image via @_udeen (TikTok)
Image via @_udeen (TikTok)
Image via @_udeen (TikTok)
Image via @_udeen (TikTok)
Image via @_udeen (TikTok)
Image via @_udeen (TikTok)
Tak kira di mana pun kita berada, solat tetap nombor satu. Semoga kita semua mampu terus beristiqamah.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment