[VIDEO] Saja Cakap Slang Thailand, Tapi Reaksi 2 Budak Ini Pula Jadi Perhatian Ramai
Buat-buat faham jelah ya dik.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Sudah menjadi trend di media sosial sekarang, ramai yang suka membuat prank kepada kawan-kawan dan keluarga dengan tujuan bergurau
Namun, bukan semua orang boleh menerima prank yang dilakukan terhadap mereka. Kalau jenis yang cepat sentap, memang tak menjadilah prank tersebut.
Lain pula dengan sebuah rakaman berdurasi 1 minit 23 saat di TikTok ini apabila reaksi dua orang budak lelaki diprank oleh orang yang tidak dikenali telah mengundang tawa ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Kena tegur dengan abang motor konon sesat dalam kampung, sekali kena prank cakap slang Thailand
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh @roger_tiktok.9, kelihatan dua orang budak lelaki itu sedang berjalan di sebuah kawasan kampung.
Tiba-tiba, mereka disapa oleh si perakam yang menunggang motosikal kononnya tersalah masuk kampung tersebut.
Si perakam sengaja bercakap slang Thailand seolah-olah bertanya arah jalan kepada dua budak lelaki itu. Namun, apa yang melucukan adalah apabila mereka tidak faham apa yang dikatakan oleh si perakam.
Lebih menghiburkan lagi, mereka berdua melayankan saja soalan yang diajukan kepada mereka itu walaupun dua-dua tidak tahu apa perbualan sebenar. Akhirnya, mereka memandang sesama sendiri dan tergelak dengan situasi yang sedang berlaku.
Image via @roger_tiktok.9 (TikTok)
"Budak-budak tu gelak sebab depa pun tak tahu nak bohong apa dah haha" - Warganet
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 625.9K tontonan, 38.4K tanda suka dan 2.2K perkongsian di laman TikTok.
Rata-rata warganet turut tidak dapat menahan ketawa apabila melihat reaksi spontan dua budak lelaki itu yang masih gigih tolong tunjuk jalan walaupun tidak tahu apa yang dikatakan oleh si perakam.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Image via @roger_tiktok.9 (TikTok)
Image via @roger_tiktok.9 (TikTok)
Image via @roger_tiktok.9 (TikTok)
Image via @roger_tiktok.9 (TikTok)
Image via @roger_tiktok.9 (TikTok)
Image via @roger_tiktok.9 (TikTok)
Image via @roger_tiktok.9 (TikTok)
Image via @roger_tiktok.9 (TikTok)
Sekali dengar memang macam orang Thailand bercakap. Dua kali dengar tak faham dah :D
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment