[VIDEO] Sebab Salah Parking, Jiran Sengaja Sumbat Sampah Dalam Kereta Ini Cetus Pergaduhan
Tak tahu siapa yang salah sekarang ni.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Umum mengetahui bahawa tempat letak kereta di kawasan apartment atau kondominum memang terhad
Satu unit rumah kebiasaannya diperuntukkan satu tempat parkir saja di dalam bangunan itu. Jika keluarga anda mempunyai kenderaan lebih, anda perlu menyewa dengan pihak pengurusan.
Oleh sebab itu, biasa kita nampak setiap tempat parkir memang ada nombor tertera dan sudah ada pemiliknya.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang pemuda bengang kerana jiran sumbat sampah ke dalam keretanya gara-gara dia parkir tempat orang telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Selamba buang sampah dalam kereta jiran
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang pemuda sedang merakam situasi keretanya yang berada di tempat parkir bangunan rumahnya.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia mendapati keretanya itu penuh dengan sampah sarap yang busuk. Disyaki jirannya yang membuang sampah ke dalam keretanya.
Namun begitu, ada juga pihak yang menyatakan jirannya berbuat demikian kerana dia mengambil tempat parkir jirannya itu kerana parkir visitor telah penuh. Pemuda itu tidak teragak-agak membuat laporan polis.
Lihat video sambungan itu di bawah:
"Terfikir jugak, salah parking dua hari. Tuan dia nak parking mana dalam masa dua hari, memang marah lah" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 2.8M tontonan, 150K tanda suka dan 3K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @bundlekitaa_ (TikTok)
Image via @bundlekitaa_ (TikTok)
Image via @bundlekitaa_ (TikTok)
Image via @bundlekitaa_ (TikTok)
Rasanya dua-dua pihak salah dalam hal ini.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment