[VIDEO] Selamba Hirup Sup Siap Pelawa Member, Pemuda Terciduk Di Live Lupa Tengah Puasa
Tak sengaja tak apa bang.
Baru saja dua hari kita berpuasa, sudah macam-macam gelagat lucu dapat dilihat di media sosial
Terminum atau termakan itu sudah biasa terjadi. Iyalah, awal-awal bulan puasa ni memang ada sesetengah orang yang terlupa.
Seperti sebuah video yang tular di TikTok ini memaparkan seorang pemuda terhirup sup yang dimasaknya telah mengundang tawa ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Tengah buat live selamba hirup sup, siap offer kawan suruh rasa sekali
Menerusi perkongsian video daripada @amsyar.johari, kelihatan pemuda itu sedang memasak lauk berbuka sambil membuat live di TikToknya.
Dia yang dilihat khusyuk mengacau sup di dalam periuk tiba-tiba menghirup dan menikmati sup dalam senduknya. Dia siap memuji masakannya itu sedap.
Bukan itu saja, dia malah menyuruh kawannya turut merasa sup itu. Beberapa saat kemudian, dia terciduk dan berlari keluar kamera kerana terlupa dia sedang berpuasa. Malu pun ada sebab ramai yang tengah menonton livenya.
Image via @amsyar.johari (TikTok)
"Awal-awal puasa memang ada kes macam ni haha. Kumur balik weh" - Netizen
Ikutan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 2.1M tontonan, 176.6K tanda suka serta 15K perkongsian di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat situasi tersebut. Ada juga yang berkongsi pengalaman sama.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @amsyar.johari (TikTok)
Image via @amsyar.johari (TikTok)
Image via @amsyar.johari (TikTok)
Image via @amsyar.johari (TikTok)
Siap puji sup dia sedap yang tak menahan tu! :D
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment