[VIDEO] Siap Pasang Khemah, Warung Nasi Kenduri Kahwin Ini Dapat Perhatian Ramai Di TikTok
Bagus marketing strategy dia.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Tidak dinafikan, ramai yang rindu ingin makan nasi minyak kenduri kahwin bukan?
Memandangkan majlis perkahwinan sudah mula dibenarkan, pasti kita tertunggu-tunggu jemputan ke majlis kenduri kahwin daripada ahli keluarga atau kawan-kawan hanya kerana craving nasi minyak dan air sirap kenduri.
Tetapi, tular baru-baru ini mengenai sebuah warung di tepi jalan yang membuat konsep ala kenduri kahwin telah menarik perhatian ramai di TikTok.
Lihat video penuh itu di bawah:
Ingatkan betul-betul ada kenduri kahwin, rupa-rupanya warung tepi jalan
Menerusi perkongsian video daripada @azmhni.ps, kelihatan dia mengambil beberapa rakaman situasi di sebuah warung tepi jalan.
Pada mulanya, lelaki itu menyangka ada kenduri kahwin sedang berlangsung kerana terdapat banyak khemah siap dihias dengan bunga manggar.
"Rupa-rupanya kedai makan ala-ala kenduri kahwin, siap ada lagu kompang dipalu. Rindu betul nak makan nasi kenduri, feeling kenduri gitu tapi pengantin takda haha," katanya.
Image via @azmhni.ps (TikTok)
Image via @azmhni.ps (TikTok)
Image via @azmhni.ps (TikTok)
"Bagus jugak ni, kahwin tak payah buat majlis. Lepas akad nikah ajak tetamu datang sini. Siapa nak makan bayar sendiri haha" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 213.8K tontonan, 19K tanda suka dan 1.6K perkongsian di laman TikTok.
Hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen memuji kreativiti pemilik Warung Nasi Kenduri Kahwin itu mempromosikan makanannya.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @azmhni.ps (TikTok)
Image via @azmhni.ps (TikTok)
Image via @azmhni.ps (TikTok)
Image via @azmhni.ps (TikTok)
Image via @azmhni.ps (TikTok)
Image via @azmhni.ps (TikTok)
Image via @azmhni.ps (TikTok)
Image via @azmhni.ps (TikTok)
Image via @azmhni.ps (TikTok)
Image via @azmhni.ps (TikTok)
Menarik betul warung ni, terus craving nak makan nasi minyak kenduri. Jom terjah guys!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment