Feeling-Feeling Pergi Kenduri Kahwin, Video Pemuda Ini Ambil Vaksin Curi Tumpuan Netizen
Kena pula tu dengan background music.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Seperti mana yang kita semua tahu, pengambilan vaksin kini ibarat menjadi perkara wajib bagi rakyat Malaysia demi melindungi diri daripada jangkitan Covid-19
Memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih lagi diteruskan, sudah pasti kita rindukan aktiviti di luar seperti berjalan-jalan di shopping mall, merentas negeri dan pergi bercuti.
Tidak terkecuali, ramai yang merindukan suasana di majlis kahwin dan teringin nak makan nasi minyak pengantin bukan?
Namun, baru-baru ini tular sebuah video seorang pemuda memuat naik pengalamannya pergi mengambil vaksin mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Feeling-feeling pergi kenduri kahwin, siap letak lagu pengantin dalam video
Menerusi video yang dimuat naik oleh Hadrey Ali, kelihatan dia berkongsi rakaman sepanjang mengambil vaksin dos pertamanya.
Dengan kapsyen "Ya Allah terasa wedding vibes dia, done 1st dose", pemuda itu membuatkan suasana di pusat vaksinasi seperti berada di kenduri kahwin.
Antara situasi sama yang dirakamnya adalah seperti tetamu beratur masuk ke dewan, duduk di dalam khemah, berjumpa dengan pengantin iaitu petugas kesihatan, dan akhir sekali bergambar di pelamin.
Lebih menghiburkan lagi, pemuda itu siap meletakkan lagu Selamat Pengantin Baru di dalam video tersebut untuk menaikkan lagi vibes di kenduri kahwin.
"Unexpected content! Haha kreatifnya. Rare kad jemputan dia" - Netizen
Ikutan tularnya video tersebut yang kini telah mendapat 301.8K tontonan, 37.5K tanda suka dan 2.1K perkongsian di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dan memuji kreativiti pemuda itu.
Malah, ramai yang meluahkan rasa rindu mahu makan nasi minyak dan mendengar lagu pengantin dimainkan.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: