seismik

Viral Video Warga Asing Walk In & Tak Jaga SOP Di PPV, Tindakan Cikgu Ini Dipuji Netizen

Terima kasih Sir Shakib dan team!

Cover image via @bondaumirahtaib (Instagram)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Baru-baru ini, tular sebuah video di laman Instagram mengenai sebuah pusat vaksinasi di sekitar Kuala Lumpur sesak dengan warga asing

Bukan itu saja, mereka juga dikatakan tidak menjaga penjarakan fizikal dan kawasan itu tiada pengawasan pihak polis pada mulanya.

Video berkenaan tular selepas keadaan tidak terkawal tersebut telah dirakam oleh sepasang suami isteri yang kebetulan lalu di situ dan mencuri perhatian seluruh rakyat Malaysia.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

Menangis dan merayu supaya kerajaan melakukan sesuatu kerana tak sanggup melihat ramai kehilangan ahli keluarga disebabkan wabak Covid-19

Menerusi IGTV yang dimuat naik oleh @bondaumirahtaib, dia dan suaminya mengambil tindakan untuk merakam situasi sebenar warga asing yang penuh di pusat vaksin itu dengan berharap agar semua membuka mata tentang mengapa angka kes positif tidak menurun di negara kita.

Malah, mereka juga merasa amat kecewa kerana tiada langsung pengawasan daripada polis untuk menjaga Standard Operation Procedure (SOP) di tempat berkenaan pada mulanya.

Seperti mana yang kita tahu, bukan semua warga asing tahu berbahasa Melayu. Jadi, mereka juga memerlukan guide daripada pihak berkuasa supaya mengikut SOP yang ditetapkan.

Pasangan suami isteri itu kemudian dilihat turun padang dan rela hati untuk memastikan warga asing di sana menjaga jarak kerana rasa tanggungjawab.

Pada malam yang sama, lelaki itu yang merupakan founder dan salah seorang cikgu di Maths Clinic bertindak sekali lagi pergi ke PPV berkenaan bersama teamnya untuk membuat sesuatu

Sebagai tanda prihatin dan wakil kepada rakyat Malaysia yang tidak mampu untuk bersuara, Sir Shakib telah mengambil keputusan untuk meletakkan 100 kon dan lekatkan tape dengan jarak 1.5M di kawasan PPV tersebut bersama anak buahnya.

Lihat posting penuh itu di bawah:

Tindakannya itu ternyata dipuji ramai dan berikut di bawah merupakan antara komen daripada netizen di Instagram:

Pengorbanan yang sangat besar, semoga perkara ini dapat membuka mata semua pihak dan ada sinar untuk Malaysia kembali pulih :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: