[VIDEO] "Steady Dik" - Selamba Mengaku Rumah Pak Mentua, Budak Lelaki Ini Curi Perhatian
Confident je dia jawab.
Kanak-kanak sering menunjukkan banyak ragam dan gelagat yang kadangkala kita tak jangka
Masih jauh lagi perjalanan yang mereka perlu tempuhi dalam kehidupan ini. Namun, telatah mereka ini kadang-kadang cukup menghiburkan hati kita.
Mereka selalu mengisi waktu terluang dengan bermain aktiviti yang digemari. Tetapi lain pula dengan seorang budak lelaki ini apabila videonya tular di TikTok kerana ayat yang keluar dari mulutnya mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Selamba mengaku rumah pak mentua bila ditanya
Menerusi video tersebut, kedengaran suara seorang wanita sedang bertanyakan beberapa soalan latar berlakang mengenai budak lelaki itu.
Antara soalan yang ditanyakan adalah apa pekerjaan ibu dan ayahnya. Namun, apabila wanita itu bertanya "ini rumah siapa?", dengan selamba budak lelaki berkenaan menjawab itu adalah rumah bapa mentuanya.
Image via @iamchazynash (TikTok)
"Juara budak ni kecil-kecil ada pak mentua dah. Hahaha" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur mendengar jawapan kanak-kanak itu.
Malah, ada yang berkata dia hebat kerana kecil-kecil sudah ada bapa mentua, ada juga yang menyatakan mungkin dia keliru antara pak mentua dan pak sedara.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 3,701 likes, 74 comments dan 646 shares di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Image via @iamchazynash (TikTok)
Image via @iamchazynash (TikTok)
Image via @iamchazynash (TikTok)
Image via @iamchazynash (TikTok)
Image via @iamchazynash (TikTok)
Image via @iamchazynash (TikTok)
Aduhai, lawaklah kau dik kecil-kecil dah ada pak mentua ya. Mana bini? :P
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment