[VIDEO] Tak Duduk Dengan Anak, Gadis Beri Makanan Dekat Pak Cik Ini Buat Ramai Ikut Sebak
Semoga gadis ini dimurahkan rezeki.
Siapa saja yang tidak sebak dan kasihan kepada orang tua yang duduk dan tinggal di tepi jalan bukan?
Ramai juga yang tertanya-tanya adakah mereka mempunyai keluarga atau anak-anak kerana mereka dilihat tinggal seperti gelandangan.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang gadis memberi makanan kepada seorang pak cik telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Kasihan tengok pak cik itu seorang diri, beli makanan dan hantar padanya
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang gadis sedang berjalan ke arah seorang pak cik yang bersendirian di jambatan berbumbung.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila gadis itu dilihat sangat baik hati dengan memberikan makanan kepada pak cik itu.
Apabila ditanya, pak cik itu mempunyai anak dan tidak tinggal bersama anaknya. Perkara itu membuatkan ramai yang ikut sebak dan bersimpati dengan nasib pak cik itu.
Image via @khaleeda_nasuha (TikTok)
"Rindunya kat arwah abah, hargailah ayah kita sebelum dia pergi selamanya" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 2.4M tontonan, 343K tanda suka dan 11K komen di TikTok, rata-rata netizen turut bersimpati dengan pak cik itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @khaleeda_nasuha (TikTok)
Image via @khaleeda_nasuha (TikTok)
Image via @khaleeda_nasuha (TikTok)
Image via @khaleeda_nasuha (TikTok)
Semoga urusan pak cik itu dipermudahkan! :')
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment