[VIDEO] "Tak Perlu Panik" - Gurau Soal Kain Kayangan, Wartawan Ini Raih Perhatian Netizen
Bukan biasa-biasa kain kayangan ni.
Kerjaya dalam dunia kewartawanan bukanlah satu perkara yang mudah dan mahukan populariti semata-mata
Jika menjadi wartawan televisyen, penggunaan ayat dan cara penyampaian amatlah penting dalam menyampaikan berita kepada orang ramai.
Seseorang itu akan sering terlihat lebih serius apabila berada di depan kamera sambil menggunakan nada suara yang sedikit tegas.
Namun, lain pula dengan wartawan ini apabila video rakamannya mengenai satu topik menarik perhatian ramai.
Image via Berita Harian
Tidak perlu menggelupur beli barang keperluan rumah kerana PKP
Menerusi video berkenaan, wartawan tersebut dilihat sedang berada di sebuah pasar raya sambil membincangkan topik mengenai panic buying.
Sepertimana yang kita semua tahu, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sudah pun dikuatkuasa dan oleh kerana itu ramai yang tergesa-gesa membeli barang keperluan rumah dengan keadaan yang cemas.
"Beli tisu-tisu banyak-banyak buat apa? Kain lap kayangan kan ada" - Wartawan
Apa yang lebih melucukan adalah di sebalik keseriusan itu timbul satu lawak jenaka dihujungnya.
Wartawan berkenaan sempat berseloroh tentang sesetengah orang ramai yang membeli tisu dengan kuantiti banyak.
Dia secara spontan bercakap tentang 'kain kayangan' yang kini viral dan menjadi kegilaan para suri rumah.
"Tak perlu menggelupur, suka betul la dengar ayat tu" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen terhibur dengan cara spontan wartawan terbabit yang bersahaja dan seolah-olah memahami apa yang dia ingin sampaikan.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 525.4K views, 33.1K likes dan 416 comments.
Image via @efmh.1617 (TikTok)
Image via @efmh.1617 (TikTok)
Image via @efmh.1617 (TikTok)
Image via @efmh.1617 (TikTok)
Image via @efmh.1617 (TikTok)
Image via @efmh.1617 (TikTok)
Image via @efmh.1617 (TikTok)
Jangan main-main dengan kain kayangan ya. Selamba je akak ni bagi sebijik :P
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment