[VIDEO] “Tak Sabar Nak Makan” - Wanita Ini Jatuh Kolam Selepas Ambil Makanan Bufet
Malu weh!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Musim Ramadan ini sudah tentu banyak hotel menawarkan pakej bufet dengan pemandangan hotel yang indah
KIta bukan saja tertarik dengan menu-menu bufet yang ditawarkan. Malah kita sering pilih hotel yang mempunyai pemandangan yang cantik untuk menikmati makanan bersama rakan atau keluarga. Pemandangan yang mempunyai skyview, tepi kolam dan sebagainya turut menarik perhatian ramai orang.
Sama seperti video yang tular baru-baru ini di Twitter, apabila seorang wanita sedang membawa makanan yang telah diambil di hotel mewah mencuri tumpuan netizen.
Lihat video penuh itu di bawah:
Jatuh kolam sementara mencari tempat duduk untuk makan
Menerusi video yang berdurasi 30 saat itu memaparkan seorang wanita jatuh ke dalam secara tidak sengaja semasa ingin mencari tempat duduk.
Akibat terlalu leka dengan mencari tempat duduk, sehinggakan wanita itu tidak perasaan keberadaan sebuah kolam didepannya.
Oleh itu, wanita itu terjatuh ke dalam kolam dengan makanannya sekali. Setelah jatuh ke dalam kolam, dia baru menyedarinya dan meminta bantuan orang sekeliling.
Image via @meinmokhtar (Twitter)
Image via @meinmokhtar (Twitter)
Image via @meinmokhtar (Twitter)
Image via @meinmokhtar (Twitter)
"Alaa ingatkan dia boleh jalan atas air, kecewa jap ending..." - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video ini berjaya meraih 150K views, 5K retweets dan 5K likes di Twitter.
Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati bahawa rata-rata netizen turut terhibur dengan video tersebut. Malah ada yang menanyakan keadaan wanita itu selepas jatuh dalam kolam.
Berikut di bawah adalah merupakan antara komen netizen yang menarik di Twitter:
Image via @meinmokhtar (Twitter)
Image via @meinmokhtar (Twitter)
Image via @meinmokhtar (Twitter)
Jangan seronok sangat ketawakan orang, hati-hati siapa yang pergi bufet tu! :D
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment