Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

[VIDEO] Tak Sedar Dah Melahirkan Anak, Wanita Ini Kongsi Pengalaman Ditidurkan Masa Di ICU

Tuhan lebih sayangkan anak dia.

Cover image via @kimhannaa88 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Wabak Covid-19 yang melanda seluruh negara telah meragut jutaan nyawa kerana penyakit berbahaya ini

Ada yang kehilangan isteri, ada yang kehilangan ibu bapa dan ada juga yang kehilangan anak-anak mereka. Sememangnya penyakit ini bukanlah seseuatu yang boleh dipandang enteng.

Tular baru-baru ini seorang wanita berkongsi kisahnya di TikTok yang menghidapi penyakit Covid-19 semasa sedang hamil dan perlu ditidurkan telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Terpaksa ditidurkan, terkejut bila tahu dah melahirkan anak

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita berkongsi kisahnya yang pernah berdepan dengan wabak Covid-19. Difahamkan kandungannya semasa itu berusia 22 minggu dan berada di tahap 5 Covid-19Difahamkan dia semasa itu kandungannya berusia 22 minggu dan berada di tahap 5 penyakit itu.

Oleh kerana itu, dia terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) oleh kerana tahap kesihatannya yang merosot ketika itu. Dia kemudian dimaklumkan oleh doktor untuk ditidurkan demi menyelamatkan kandungannya dengan kaedah pembedahan.

Menurutnya, dia hanya ditidurkan dalam masa lebih kurang 5 hari dan itu semua bergantung kepada badan pesakit itu sendiri. Malah, dia juga perlu 'diterbalikkan' tetapi dia bersyukur kerana hanya sekali saja dilakukan selepas melahirkan anak dan badannya menunjukkan peningkatan.

Dia juga terkejut selepas tersedar daripada tidur itu, dia dimaklumkan bahawa dia sudah bersalin. Walau bagaimanapun, dia terpaksa redha dengan ketentuan Ilahi setelah doktor memaklumkan anaknya meninggal selepas empat hari melahirkannya. Apa yang lebih menyedihkan, dia dan suami tidak sempat melihat anaknya kerana keadaan yang berbahaya.

Lihat video penuh sambungan itu di bawah:

"Saya doakan yang ditidurkan ni cepat-cepat bangun dapat tengok orang tersayang" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut bersimpati dengan apa yang menimpa wanita tersebut. Malah, ramai yang berkongsikan pengalaman mereka mengenai situasi itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 466.2K views, 18K likes dan 439 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Image via @kimhannaa88 (TikTok)

Image via @kimhannaa88 (TikTok)

Image via @kimhannaa88 (TikTok)

Image via @kimhannaa88 (TikTok)

Image via @kimhannaa88 (TikTok)

Image via @kimhannaa88 (TikTok)

Image via @kimhannaa88 (TikTok)

Image via @kimhannaa88 (TikTok)

Image via @kimhannaa88 (TikTok)

Pengorbanan seorang ibu yang tidak dapat dibalas :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment