Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

[VIDEO] Tak Setanding Dengan Harga, Wanita Sedih Bila Lihat Isi Dalam 'Ciput' Takoyaki Ini

Alamak, kecilnya dia bagi.

Cover image via @dian_dianz (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pasti ramai di sini yang menggemari dan pernah makan takoyaki bukan?

Takoyaki bermaksud tako (sotong) yaki (bebola tepung). Makanan ini berasal dari negara matahari terbit iaitu Jepun.

Bancuhan takoyaki dibancuh dengan cair dan perlu sukatan yang betul supaya senang untuk jadikan takoyaki. Ia terdapat dalam pelbagai perisa seperti sotong, ayam, dan banyak lagi mengikut kedai.

Namun, tular video baru-baru ini seorang wanita berkongsi apa yang dia dapat dalam isi takoyaki dibelinya telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Sedih bila tengok dalam, kecil je dapat isi sotong

Menerusi video tersebut, seorang wanita berkongsi apa yang dibelinya di sebuah gerai takoyaki. Difahamkan, dia membeli takoyaki dengan isi sotong.

Namun, sebaik saja dia cuba melihat isi dalamnya, dia terkejut dengan apa yang dijumpainya. Kelihatan dia hanya mendapat sedikit saja isi sotong yang begitu kecil.

Malah, dia cuba membuka kesemua isi takoyaki itu dan semuanya adalah sama. Sangat kecil dan tidak sepadan dengan harga yang dibelinya.

Image via @dian_dianz (TikTok)

Image via @dian_dianz (TikTok)

"Salah satu sebab kenapa aku tak nak beli dah takoyaki" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi dan pengalaman mereka masing-masing.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 623.1K views, 31.2K likes dan 1,866 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Image via @dian_dianz (TikTok)

Image via @dian_dianz (TikTok)

Image via @dian_dianz (TikTok)

Image via @dian_dianz (TikTok)

Image via @dian_dianz (TikTok)

Ramai juga kongsi pengalaman sama ya. Harap lepas ni peniaga tako boleh tingkatkan sedikit kualiti mereka :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment