[VIDEO] "Tapi Mak Saya Tak Bagi" - Ramai Tak Tahu Rupa-Rupanya Tupperware Ini Boleh Lipat
Mak-mak mesti suka simpan bekas ni.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Mak-mak dengan bekas makanan memang berpisah tiada, ada saja bekas yang mereka nak dibuat koleksi
Katanya senang untuk susun atur makanan dalam peti sejuk selain boleh berikan makanan lebih untuk jiran-jiran menggunakan bekas makanan yang ada. Tidak dinafikan, sesetengah mak-mak memang akan sensitif kalau bab tupperware ini.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang guru baru tahu boleh melipat bekas makanan telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Dapat bekas makanan mempunyai dua partition, rupa-rupanya boleh dilipat
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang guru sedang merakam tutorial tentang melipat bekas makanan di dalam kelas.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila cikgu itu menunjukkan cara melipat bekas makanan itu. Ramai yang tidak tahu sebenarnya bekas makanan itu boleh dilipat tanpa menumpahkan lauk di dalam bekas.
Image via @jhieyna (TikTok)
Image via @jhieyna (TikTok)
"Tadi aku buat kat tupperware mak. Alhamdulillah samar-samar terus masa depan aku" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih 2.7M tontonan, 261K tanda suka dan 6K komen di TikTok, rata-rata netizen juga baru tahu bekas itu boleh dilipat. Malah, ramai yang ingin mencuba dan ada juga yang sempat meninggalkan komen lucu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @jhieyna (TikTok)
Image via @jhieyna (TikTok)
Image via @jhieyna (TikTok)
Image via @jhieyna (TikTok)
Mesti ramai yang baru tahu kan? Jom cuba, tapi jangan pakai tupperware mak tau! :P
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment