Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Terciduk Kau Dik!"- Kanak-Kanak Main 'Basikal Lajak' Ditahan & Disoal Dalam Van Jenazah

Ha..kan dah mendapat!

Cover image via Twitter @Qisbee

Isu tentang kanak-kanak dan remaja bermain basikal lajak hingga awal pagi bukanlah satu perkara yang baru di negara ini

Gambar sekadar hiasan.

Image via Malaysiakini

Sebelum ini, terdapat satu kes melibatkan seorang jurujual wanita yang didakwa kerana menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak pada Februari 2017.

Namun begitu, memetik laporan Berita Harian, wanita tersebut kemudiannya dibebaskan tanpa perlu membela diri terhadap pertuduhan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh di akhir kes pendakwaan.


Susulan itu, pihak berkuasa kini mengambil inisiatif untuk mengawal kanak-kanak dan remaja berbasikal lajak bagi mengelakkan perkara sama terjadi

Gambar sekadar hiasan.

Image via Google

Terbaru, menerusi satu perkongsian pengguna Twitter iaitu Qis menunjukkan video dua kanak-kanak yang ditahan kerana bermain basikal lajak sehingga jam tiga pagi. 

Dalam video itu, kelihatan dua orang kanak-kanak itu menangis ketakutan saat dipaksa duduk dan disoal siasat di dalam van jenazah. Malah, ada juga yang cuba menipu namun akhirnya akur setelah diberitahu terdapat jenazah di dalam keranda. 

Setakat artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 8 ribu retweets dan 7 ribu likes

Lihat perkongsian penuh di bawah:

Di ruangan komen, kelihatan ramai yang kesal dengan sikap kanak-kanak itu yang menipu serta ibu bapa yang membiarkan anak-anak bermain basikal lajak hingga pagi

Dalam pada itu, ada juga netizen yang menyokong inisiatif tersebut dalam usaha membasmi kegiatan basikal lajak oleh anak-anak muda ini

Dalam soal ini, ibu bapa adalah pokok pangkalnya. Perlakuan anak-anak ini seharusnya dipantau orang dewasa untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Tak nak lah nanti sudah terhantuk baru terngadah. 

Gambar sekadar hiasan.

Image via Berita Harian

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Dah banyak kes dah mengenai basikal lajak ini:

Baca juga artikel ini:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment