seismik

6 Sahabat Cipta Rekod Kelilingi Pulau Langkawi Dengan Menaiki Basikal Sejauh 200 KM

"Yang syok persahabatan lah. Bunyi macam drama, tapi tanpa benda ni semua tak jalan." - Fazry Ismail

Cover image via Alli Akar Umbi/Facebook

Pulau Langkawi mungkin tidak asing lagi dijadikan sebagai destinasi pelancongan pilihan pelancong di Malaysia, mahupun dalam atau luar negara

Selain mempunyai lautan, pantai dan pulau yang cantik dan mempesonakan, Pulau Langkawi juga terkenal dengan kisah lagenda sejarahnya dan dianggap 'lubuk' coklat yang sedap dan murah. Malah, dijamin buat sesiapa sahaja yang tiba ke sini, pastinya akan menikmati percutian yang sangat menyeronokkan.

Seperti biasa, bila sudah tiba ke sini, pelancong akan menyewa kereta untuk mengelilingi pulau ini. Tetapi lain pula buat 6 sahabat ini yang menjelajah pulau lagenda tersebut dengan hanya menaiki basikal sahaja.

"Pusing Langkawi dengan basikal adalah awesome!!! Hari pertama touchdown je airport kami berenam terus kayuh ke telaga tujuh, sekali air dia kering lah.. lepas rehat kami kayuh ke Pantai Tengkorak untuk camping, dah smpi pastu tanya dengan org kampung utk water source...

facebook.com

...mmg xda Kat situ, lagi2 banyak kera yang suka rampas/curik bekalan makanan, so kami decide untuk pergi ke Pantai lain iaitu black sand.. mmg rabak.. kayuh smpi kul 9 mlm baru smpi, pacak khemah, mintak kebenaran org kampung.. terus kami lelap Kat pasir Pantai Kat situ."

facebook.com

Hari kedua, mereka meneruskan perjalanan ke pekan Kuah, Langkawi. Setelah menjamu makanan tengahari di sana mereka meneruskan lagi perjalanan ke Pulau Tuba yang dikatakan mempunyai pemandangan yang sangat cantik.

"Hari Kedua, bangun je tido, kami kayuh ke pekan kuah, sampai2 tenghari, sapedek dulu.. kami terus ke jeti Pulau Tuba. Tambang sekali basikal 10 hinggit.. ada lah 20 min perjalanan sampai2 kat situ. Sampai2 je terus sambung kayuh, time ni mmg best, serious mmg xmcm Kat Malaysia...

facebook.com

...awesome gila pulau ni, kalau sapa2 nk tgk Langkawi zaman 60-70an sila lah ke pulau Tuba.. kayuh-kayuh smpi jumpa jambatan sempit utk ke pulau dayang bunting.. mmg cantik tara hingat punya... smpi pulau dayang bunting, sewa satu chalet utk simpan barang berharga kami, terjun laut, pasang ground Dan tido pakai sleeping bag.. sempoiii."

facebook.com

Pada hari ketiga mereka berpatah balik ke pekan Kuah dan meneruskan perjalanan ke Makam Mahsuri. Sedikit berbeza dengan hari-hari sebelumnya, cuaca dikatakan sangat panas dan suhu mencecah antara 37-38 darjah Celcius.

"Hari ketiga kami patah balik ke Kuah dan terus ke Makam Mahsuri, hari ketiga ni mmg rabak tahap super- panas tara ingat.. 38 ke 37 darjah Celsius aritu, kami beborak dgn org kampung, diorg advise pergi lubuk semilang.. ada Sungai yg Tak kering boleh mandi2...

facebook.com

...makan2 pastu kami terus grak.. 1st time kayuh kepala bergelegak.. sampai2 je terus terjun mandi. Lepas Mandi kami teruskan kayuh ke Pantai Chenang , singgah laksa power pastu dapat sempoiii punya bilik Kat Daddy Backpackers Chenang. Dah mlm, lepak tepi Pantai, jumpa kawan2.."

Buat hari keempat pula, mereka berbasikal menaiki Bukit Malut dan berpatah semula ke Chenang sebelum bergerak ke airport untuk meninggalkan Langkawi. Kira-kira sudah sejauh 200 km mereka berbasikal di sana.

"Hari Keempat kami naik Bukit malut Dan kembali ke Chenang. Hari kelima dari chenang kami ke airport."

facebook.com

"So far kayuhan kami 200km++ utk 5 hari kayuhan, enjoi, rabak, basikal rosak lah, yang best baru tahu banyak benda yg kami tak discover lagi Kat Langkawi, padahal ni trip saya ke 7 di Langkawi. Yang syok persahabatan lah.. bunyi mcm drama, tapi tanpa benda ni semua xjalan."

facebook.com

Selepas membaca kisah 6 sahabat ini, kami dapat rasakan pengalaman mengayuh basikal mereka selama 5 hari ini betul-betul menyeronokkan! SYABAS!

Image via giphy.com

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Ingin melancong ke luar negara seorang diri? Baca 10 tips berguna ini:

Menarik di SAYS:

You may be interested in: