[VIDEO] Teringat Arwah Suami Lepas Tengok Belakang Lelaki Lain Serupa Buat Ramai Sedih
Mesti terubat sikit rindu bila tengok.
Kehilangan orang tersayang merupakan satu perkara yang amat berat dan menyedihkan bagi semua insan tidak kira lelaki atau wanita
Pastinya amat sukar untuk kita melalui kehidupan harian tanpa kehadiran mereka di sisi. Rasa sedih itu memang tidak dapat diungkapkan.
Begitupun, baru-baru ini tular dalam sebuah video yang menunjukkan seorang wanita berjumpa dengan seseorang yang hampir sama dengan arwah suaminya telah meraih tumpuan ramai.
Lihat video perkongsian itu di bawah:
Jumpa dengan lelaki yang mempunyai belakang persis arwah
Menerusi video yang dimuat naik oleh @cik_csbk di TikTok, kelihatan seorang individu sedang merakam seorang wanita yang sedang melihat seorang lelaki termenung jauh dan duduk di tengah panas sambil melihat ke arah jalan raya.
Namun menyedihkan adalah lelaki yang menghadap ke belakang tersebut dikatakan hampir sama dengan arwah suaminya. Dia dilihat tunjuk ke arah lelaki dan melihat kamera sambil menahan sebak.
Di akhir video berkenaan, terdapat gambar dia bersama dengan arwah suaminya di sebuah pantai.
Image via @cik_csbk (TiKTok)
Image via @cik_csbk (TiKTok)
"Allah bagi tengok kejap. Habuan pelepas kejap rindu kakak. Hugs." - Netizen
Susulan tularnya video berkenaan, kini ia mencecah sehingga 2.5M views, 166K likes dan 1,428 comments di TikTok.
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut bersedih dengan reaksi wanita ini dalam video dan ada juga yang boleh relate dengan situasinya.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @cik_csbk (TiKTok)
Image via @cik_csbk (TiKTok)
Image via @cik_csbk (TiKTok)
Image via @cik_csbk (TiKTok)
Image via @cik_csbk (TiKTok)
Semoga akak kuat menghadapi ujian dan dipermudah segala urusan :)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment