[VIDEO] Tetap Makan Walaupun Salah Kenduri, Gelagat Lelaki Ini Buat Netizen Terhibur
Nasib baik tuan rumah tak perasan.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Musim sekarang ini memang banyak berlangsungnya majlis perkahwinan
Apabila banyak sangat menerima jemputan ke majlis perkahwinan, pasti ada di antara kita yang terlupa atau mungkin tidak sempat untuk hadir.
Namun lain pula dengan video yang tular baru-baru ini apabila seorang lelaki ingin menghadiri majlis perkahwinan rakannya namun tersalah hadir ke majlis orang lain telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video tersebut di bawah:
Ingat datang kenduri kawan rupanya salah kenduri
Menerusi video berkenaan, kelihatan lelaki tersebut sudah sampai namun diberitahu majlis perkahwinan rakannya itu berlangsung semalam.
Apa yang membuatkan netizen terhibur adalah lelaki tersebut bersama teman wanitanya tetap menjamu selera sambil menahan malu dan mereka juga diberikan door gift oleh tuan rumah.
Image via @waraaaaaah (TikTok)
Image via @waraaaaaah (TikTok)
Image via @waraaaaaah (TikTok)
“Macam mana abang tebalkan muka ajar sikit” - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 250.4K tontonan, 17.8K tanda suka dan 141 komen di TikTok, kebanyakan netizen terhibur dengan kejadian ini.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @waraaaaaah (TikTok)
Image via @waraaaaaah (TikTok)
Image via @waraaaaaah (TikTok)
Aduh abang buat hal lah, nasib baik tuan rumah tak tahu :P
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment