seismik

"Nasib Tak Dipijak" - Gadis Teriak Gara-Gara Terkejut Ikan Besar Nak Lalu Ini Curi Tumpuan

"Tumpang lalu kak" - Netizen

Cover image via @akunkentangz (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Sesetengah orang memang akan geli kepada benda hidup yang bergerak

Tambahan lagi, jika ia mempunyai kulit yang lain daripada lain seperti ular, ikan, katak dan lain-lain. Tidak semua orang berani untuk memegang haiwan seperti itu. 

Sama seperti video yang tular baru-baru ini apabila seorang gadis teriak dan hampir jatuh gara-gara kakinya terkena ikan besar telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Seronok tengok ikan depan mata, sekali terkejut ikan datang dari belakang

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang gadis dan rakan-rakannya sedang berada di tepi sungai untuk melihat ikan yang besar. 

Apa yang lebih melucukan adalah sedang asyiknya dia melihat ikan di depan matanya, tiba-tiba ada seekor ikan besar berenang lalu di celah kakinya. Situasi itu membuatkannya teriak dan terkejut sehingga hilang imbangan. 

"Ikan be like, jerung merah nak lalu ni boh" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1.9M tontonan, 244K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gadis itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Nasib baik akak tu tak jatuh, kalau tak dah berenang sekali dengan ikan! :D

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: