Hidden Box, Bekas Kaca & Idea Lain Dekorasi Hantaran Trending Untuk Pengantin Baru
Rambang mata tengok!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Pasangan pengantin yang tidak lama lagi akan mengadakan majlis pernikahan sudah tentu pelbagai persiapan telah dibuat bukan?
Antaranya adalah pemilihan pelamin, dekorasi majlis, fitting baju, gubah kotak hantaran, food testing dan macam-macam lagi persiapan yang bakal dilakukan.
Iyalah kan, majlis perkahwinan merupakan sekali seumur hidup, sudah tentu kita mengharapkan ia berjalan dengan lancar dan sempurna mengikut cita rasa dan idaman kita.
Bagi adat Melayu, menyediakan barang hantaran untuk pasangan masing-masing adalah satu kewajiban sebagai tanda simbolik dua buah keluarga sudah terjalin ikatannya. Kebiasaannya, pihak perempuan akan berbalas barang hantaran yang lebih banyak daripada lelaki dengan 5 hingga 3, 7 hingga 5 atau 9 hingga 5.
Umumnya, barang hantaran terdiri daripada manisan seperti kek, coklat, buah-buahan, pakaian, produk penjagaan diri, sirih junjung dan wang hantaran. Bagaimana kita nak hias semua barang-barang ini pula?
1. Gubahan menggunakan bunga segar
Perempuan mana yang tidak sukakan bunga betul tak? Penggunaan fresh flower sememangnya akan membuatkan kotak hantaran anda lebih cantik indah dan menyerlah. Bukan setakat itu, bau semerbak wangi memang akan menghiasi seluruh ruangan dewan.
Gunakan bunga yang berwarna supaya hadiah hantaran anda kelihatan lebih menonjol. Yang pastinya, warna kena sama dengan tema! Antara bunga yang sesuai ialah bunga mawar, lili, orkid, tulip, hydragea dan kekwa.
2. Gubahan menggunakan bekas kaca
Gubahan menggunakan bekas kaca kelihatan lebih elegan dan dan glamour. Hadiah hantaran yang diletakkan dalam bekas kaca nampak sangat mewah dan mahal. Tipsnya, jika anda nak gunakan konsep ini, pasti hadiah dalam bekas jangan terlalu banyak.
Anda perlu susun dan tambahkan sedikit bunga atau perhiasan yang minimalis. Kalau tak nanti nampak serabut. Ingat, jangan terlalu penuh!
3. Gubahan menggunakan kain (Hidden hantaran)
Hidden hantaran ini menjadi semakin trending dalam kalangan pengantin sekarang. Adat ini sudah diamalkan dan digunakan sejak dulu lagi namun kini semakin ramai melupakan gubahan ini. Konsep ini sangat sesuai untuk pengantin yang menginginkan konsep minimalis dan simple.
Bukan saja semuanya tersusun rapi, malah saiz dan warna juga sama. Memang nampak kemas. Jika anda sukakan fancy, anda boleh memilih kain songket, kain batik atau kain yang bercorak. Sukakan minimalis? Boleh pilih kain lace, satin dan silk. Anda juga boleh tambah aksesori seperti bunga atau reben!
4. Gubahan menggunakan polisterin bantal
Konsep ini boleh dibuat hanya dengan DIY sendiri di rumah. Walaupun murah dan jimat duit, kecantikannya tidak kurang juga tau. Ia nampak sangat unik bila anda letakkan hadiah di atas bantal yang telah dihias.
Anda hanya memerlukan polisterin, gam dan pembalut mengikut citarasa anda. Polisterin bantal ini mudah didapati. Anda boleh cari di kedai persiapan perkahwinan. Ditambah juga dengan hiasan bunga segar dan reben, pasti lebih menarik!
5. Gubahan menggunakan kayu
Konsep menggunakan gubahan kayu juga menarik dan tidak kalah cantiknya. Anda boleh menempah kayu khas yang diukir dengan nama atau boleh beli kotak yang diperbuat daripada kayu.
Konsep dekorasi hantaran ini lebih sesuai dengan majlis pernikahan ala-ala garden, tepi pantai atau glasshouse. Memang minimalis dan cantik!
6. Gubahan menggunakan bekas terrarium
Bukan saja kelihatan mewah dan elegan, ia juga menampilkan konsep yang unik dan luar biasa. Tidak perlu dihiasi dengan pelbagai aksesori, cukup sekadar bekas terrarium dan bunga-bunga yang cantik.
Hadiah hantaran anda confirm nampak menyerlah. Konsep ini sesuai juga untuk tema garden dan outdoor. So cantik!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!