[VIDEO] Tindakan Seorang Bapa Memeluk Pelajar Anak Yatim Ini Buat Ramai Sebak
Sampai menitis air mata bapa tu.
Bagi anak-anak yang masih kecil, kasih sayang ibu bapalah perlu banyak dicurahkan kepada mereka
Namun begitu, kasih sayang ini kadang kala tak dapat dirasai bagi mereka yang telah kehilangan ibu bapa sejak kecil lagi.
Baru-baru ini, tular di sebuah video di TikTok memaparkan sebuah program motivasi sedang berjalan dan pelajar yang sudah kehilangan orang tersayang diminta kekal berdiri.
Lihat video tersebut di bawah:
Seorang bapa bertindak memeluk pelajar lelaki yang merupakan anak yatim
Menerusi video tersebut, selepas sahaja pelajar yang bergelar anak yatim diminta kekal berdiri, seorang bapa bertindak mendatangi dan memeluk seorang pelajar lelaki yang kekal berdiri.
Bapa tersebut dilihat kasihan terhadap pelajar itu kerana tidak dapat merasai kasih sayang ibu bapa pada usia yang masih kecil sehingga menyebabkan dia menitiskan air mata.
Image via @fr_faizul (TikTok)
"Saya tengah minum teh tarik dah tinggal suku dah ni. Tiba-tiba penuh balik duk tadah ayaq mata. Siapa nak habiskan ni" - Netizen
Susulan tularnya video tersebut di TikTok, ia telah meraih sehingga 3.3M views, 200.5K likes dan 20K shares.
Rata-rata komen yang diberikan netizen menunjukkan reaksi sebak terhadap video berkenaan.
Berikut di bawah merupakan antara komen daripada netizen:Image via @fr_faizul (TikTok)
Image via @fr_faizul (TikTok)
Image via @fr_faizul (TikTok)
Sampai part hujung video tak boleh tahan dah :')
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via googleapis.com
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment