seismik

'Cable Car' Di Rawang, Rakaman Pembinaan Chair Lift Di Bandar Gamuda Tarik Perhatian Ramai

Boleh main ski ke dekat Rawang nanti?

Cover image via @akeemsharyzal (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Chair lift merupakan sebuah pengangkutan yang selalu dapat dilihat di kawasan untuk bermain ski

Pengangkutan ini digunakan oleh orang ramai untuk sampai ke puncak bukit tanpa perlu mendaki dan benda ini selalunya hanya dapat dilihat di luar negara.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok memaparkan chair lift yang dibina di kawasan Rawang selatan dipercayai salah satu tarikan baru yang ada di kawasan itu.

Lihat video tersebut di bawah:

Sebuah lagi tarikan baru selepas cable car di Genting Highlands

Menerusi video berkenaan, kelihatan chair lift yang masih dalam pembinaan di kawasan terbabit dapat dilihat di sebelah lebuh raya.

Apa yang menarik adalah, lelaki yang merakamkan video ini sempat berseloroh mengatakan tarikan tersebut mungkin cuba bersaing dengan gondola yang ada di Genting Highlands.

"Genting sejuk lagi, Rawang terbakar" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut di TikTok, ia telah meraih sehingga 900K views, 42K likes dan 4.4K shares.

Rata-rata komen yang diberikan netizen menunjukkan pelbagai reaksi terhadap video berkenaan.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen:

Tak lama lagi nak pergi Rawang kena pakai sweater :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via googleapis.com

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: