seismik

[VIDEO] Lagu Dalam Kereta Sebelum & Selepas Kahwin, Sketsa Bapa Ini Buat Ramai Terhibur

Pengorbanan seorang bapa.

Cover image via @ariff_fahmi92 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Setiap orang pasti mempunyai minat tersendiri seperti lagu kegemaran yang sering didengari

Namun begitu, kadangkala minat tersebut mungkin perlu dikurangkan sedikit terutamanya bagi golongan ibu bapa yang perlu lebih utamakan anak-anak mereka.

Itulah yang dapat dilihat menerusi sebuah sketsa yang dibuat oleh seorang bapa di TikTok memaparkan dirinya sebelum dan selepas kahwin.

Lihat video tersebut di bawah:

Tinggalkan lagu heavy metal dan pasang lagu kanak-kanak demi anak

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki dilihat sedang mendengar sebuah lagu heavy metal di dalam kereta sebelum berkahwin.

Kemudian, ditunjukkan pula situasi lelaki itu di dalam kereta bersama anak-anaknya mendengar lagu kanak-kanak menunjukkan kontra antara dua genre lagu itu.

Apa yang menghiburkan adalah reaksi muka bapa itu bertukar semasa sebelum berkahwin kepada selepas berkahwin.

"Ini kisah benar, tiada yang tidak benar melainkan benar belaka" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut di TikTok, ia telah meraih sehingga 1.3M views, 76.7K likes dan 8.4K shares.

Rata-rata komen yang diberikan netizen menunjukkan pelbagai reaksi terhadap video berkenaan.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen:

Demi kebahagian anak-anak, terpaksa tinggalkan hobi lama :’)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via googleapis.com

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: