seismik

[VIDEO] Wanita Terperanjat Kucingnya Bangun Mengejut Daripada Tidur & Terus Sambung Makan

Sekali sekala buat surprise dekat owner.

Cover image via @chekeyandgeng (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Siapa saja yang memiliki kucing, pasti pernah melihat perkara pelik yang dilakukan oleh haiwan peliharaannya

Sebagai pemilik haiwan ini, sudah pasti kita dapat melihat pelbagai ragam dan gelagat kucing peliharaan tidak kira situasi.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seekor kucing telah membuatkan tuannya terperanjat ketika ia tiba-tiba bangun secara mengejut telah mencuri tumpuan.

Lihat video tersebut di bawah:

Sambung makan selepas buat tuannya tak sengaja tercarut

Menerusi video tersebut, dapat dilihat kucing berkenaan sedang nyenyak tidur sambil kepala diletakkan di atas pinggan.

Apa yang menghiburkan adalah bukan sahaja kejutan yang telah memeranjatkan tuannya sehingga tercarut malah kucing itu dengan selamba sambung makan carikan isi ayam yang ada di atas pinggan tersebut.

"Bukan senang nak rekod momen kucing buat cenggini" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut di TikTok, ia telah meraih sehingga 4.9M views, 436.7K likes dan 16.7K shares.

Rata-rata komen yang diberikan netizen menunjukkan pelbagai reaksi terhadap video berkenaan.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen:

Nasib baik samar-samar je dengar 'perkataan' tu :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via googleapis.com

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: